maya logo  


Artists Stockroom Projects


NEWS


BERITA HARIAN

28 February 2013

Bukan Canon, Nikon tapi Kamera Karto

oleh Haryani Ismail


APAKAH orang Jepun dan Barat sahaja yang mampu mencipta kamera, sedangkan orang Melayu hanya seronok merakam foto?

Soalan ini berlegar di fikiran Encik Khamis Arifin yang lebih mesra dengan panggilan Pak Karto selepas mendalami bidang fotografi perkahwinan dan komersial sejak tahun 1970-an.

Meskipun kamera pertamanya yang berformat 4x5 (berbentuk persis akordion) mengambil masa setahun - antara 1992 dengan 1993 - untuk disiapkan, ia terus membakar semangat beliau mencipta lebih banyak kamera lubang jarum (pinhole camera).

Kamera-kamera buatan tangan yang berfungsi dan disesuaikan mengikut cita rasa pelanggan itu bahkan begitu diminati masyarakat asing di dalam dan luar negara.

Ia turut menjadi bahan kajian pelajar yang ingin tahu asal-usul kamera.

Malahan, sebuah kamera dibingkai menjadi seni pemasangan dinding dan dibeli sebuah muzium di Italy dengan harga 10,000 euro ($16,215).

Namun, Pak Karto, 66 tahun, dengan merendah hati berkata: "Semuanya datang daripada minat, bahkan saya sudi berkongsi kemahiran saya kepada sesiapa yang berminat menghasilkan kamera sebegini. Hasil fotonya bak lukisan."

Karya Pak Karto adalah antara bahan seni yang akan dipamerkan dalam satu pameran mengenai pelukis legenda Melayu, anjuran Angkatan Pelukis Aneka Daya (Apad) mulai Sabtu ini.


> Read in ENGLISH

 

 

 

Pinhole cameras by Karto

 

MAYA GALLERY   |   +65 6291 1760   |   art@mayagallery.com.sg

FB Twitter YouTube